world is life...pabila diriku berbicara..

World Is Life Pabila Diriku Berbicara © Copyright 2009-2010 Anifa Bloggie

2 Dalam 1..

Salam..
lepas beberapa saat menunggu..tetiba..tuup.. ada idea!!
Di sini ada satu kesah lucu...

Ketika aku tengah syok layan cerita yg tak berapa nak best, telefon aku berbunyi menandakan ada meseg masuk. Rupanya ada kawan lama aku yang menghantar meseg yg merupakan soalan utk aku jawab jugaklah..dlm keadaan ketiadaan mood aku pun baca msg tu..
(cerita ni aku ringkaskan tp jalan cerita tetap sama )

Si A : We, ko tau tak si *** dapat berapa masa A pmr pas??

Dgn malas aku pun jawab...

Aku : 3...

Si A : Cehh..base sungguh..mak dia gtau anak dia dapat 5A 3B.

Aku yang kepeningan dgn penuh persoalan dlm kepala ni tak tau nak jawab apa. Aku pun balas..

Aku : Yeker?? takkan ar kot..agaknya dia cakap camtu dia x tau yg ko kenal aku kalu tak, mesti dia x gtau           camtu.

Si A : Aku paling pantang orang cakap bohong ko tau..5A kunun....patut aku pelik padahal aku bijak lg dari
         anak dia. Mak aku cakap mak dax tu memang cakap besar sokmo.

Aku : Ala..der sebab ar tu naper dia cakap camtu...

*********

Stop situ tanpa sebarang balasan dari kawan aku. Kesimpulannya..aku pelik jugak asal nak bohong??
Daa tahu result tu tak sebaik org lain baikilah kesilapan diri sendiri janganlah mereka2 cerita yg x betul. Kesian lak aku kt mak kawan aku ni si ***. Mesti dia berharap yang terbaik buat anaknya. Tapi aku kesian jugak kt kawan aku si *** ni..tah dia tau ke tidak yang mak dia da reka cerita yg bukan2..kan  x pasal2 nama dia jadi x bersih. Dia yang jadi mangsa dlm kess ni. Aku kenallah jugak si mak *** ni..aku x tau kenapa dia kata ank dia dpt 5A lam pmr. Adakah sebab malu anaknya tidak secerdik rakan2 yg lain? tapi tak patutlar membohong benda yang x sebetulnya kan. Kan x pasal2 kena cop as a liar. Tapi yang aku rasa lucunya kat situlah..asal nak tutup kelemahan dengan mereka cerita yang bukan2.. Tak tahukah dia apa yg dia buat tu org lain akan pikir apa..huhu??!

Satu lg aku perasan lam citer ni..kawan aku si A ni..x patut jugaklah aku rasa. Rasa diri dia ni cerdik sangat dari org lain. Da macam membangga. Marah pun marah jgk jangan sampai tersilap kata. Kan x pasal2 tuhan balik anugerah yang dia bagi. Kisah ni secara x langsung jadi pedoman buat aku. Cam orang kata..Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan..

p/s : Jangan mereka2 cerita yg x betul
     :  Jangan terlalu membangga sgt dgn apa yg ada..

Salam...

Takder Idea tp ada cerita???

salam..

Aku takder idea ni nak post about wat. Orang nak bercerita aku pun nk bercerita gak tapi ceritanya takde..Per kezz ni..tangan ni gatal sangat nk bermain2 dengan keyboard. Tapi idea takde..Ada saper2 blh bg idea kt saya, nak post apa?? tangan saya ni nak sangat menaip..auwww...hahaha...
Aci x kalau aku cerita membabas?? takde topik..pakai hentam je..bolehlah kn3..kalau x boleh pun aku nak buat jugak..Ahakss....

Haa..baru aku perasan..ni post pertama aku utk tahun 2010 ni. Syoknya aku dapat tinggalkan tahun 2009 yang lepas. Aku gembira tp aku tengok ramai kawan2 aku sayang sangat nk tinggal tahun 2009. Per kess lah..Nak taknak kena biarkan jugak 2009 tu pergi melabuhkan tirainya, chewaahh..hahaha...Aku rasa akulah orang yang paling gembira nak tinggalkan tahun 2009 ni...keh3..i've a lot many of badly memories dlm tahun 2009. Kalau nk dilist kn memang x terlist tapi thats not means yg aku xder perkara menggembirakan, ada jugak walau x banyak pun kn...Tapi lebih duka dari suka..huhu...Kira oklah kalau aku gembira pun. 

ok aa..no more ideas to write..just wait a minute to think....^_^

Happy New Year...

Entry Ketiga : 


Selamat Tahun Baru 2010. 
Selamat Datang 2010 dan tinggalah 2009.
Tahun Baru dah sinonim dengan Azam. Not Azzam Idola Kecil 2 k. Yela tiap kali tahun baru diperkatakan azam baru pun turut dibualkan.
Apa azam baru korang? Azam korang utk thn 2009 tercapai x???
sendiri jawab k...
hahahaha..aku lak?? 
Azam utk 2009 seratus peratus x tercapai..aku tau mana silapnya.
N aku harap tahun 2010 ada sinar utk aku. N azam aku x pernah berubah dari dulu hingga sekarang..
EVERYDAY IS A NEW DAY...


Blog aku pun da banyak berubah..hm..semangat tahun baru..hehe..
Hari ni saja 3 entry aku post..harap semuanya korang baca k.


Salam..
SELAMAT TAHUN BARU buat Kawan2 bloggers semua...

Pertandingan Memancing...

Entry Kedua :

Ok..Cukup untuk entry2 yang lepas2 pasal PMR tu..tutup sekejap..buka citer baru. Cerita happy sikit..

Aku nak imbas balik kenangan aku masa kt kampung aku. Kampung aku dekat je dengan rumah aku. Naik basikal pun da sampai, cop aku da lari dari topik. Hari tu Hari Jumaat lepas. Buat masa ni memang aku akan selalu balik kampung setiap hari jumaat sebab rumahnya nenek aku dijadikan stesen tempat memasak lauk pauk untuk kenduri tahlil arwah mak sedara aku yang meninggal tp kenduri tahlilnya dibuat di tempat lain. Jadi ramai sedara mara yang berkumpul pagi tu kat umah nenek aku. Ok stop situ sbb ni bukan apa yang aku nak ceritakan.

Kebetulan pada hari yang sama JKK kampung aku tu adakan pertandingan memancing. Woww..kedengaran bunyinya macam best tapi memang best pun. Bila sepupu bersiap2 dengan cangkul dan bekas nak mencari umpan, aku dengan selambanya ikut jugak sementara orang lain duk sebuk menolong di dapur..wat derk je...umpan tu pakai umpan cacing oo..ni kiranya pengalaman pertama aku lah main benda2 macam ni.. kalau umi aku tau kompom aku kena marah..hahaha..anak dara cari cacing. rilek2..
Boleh tahan jugak umpan yang aku dapat..Besau2..hahaahaa..syok giler, sepupu2 aku yang lain semua kegeliman kecuali aku..elleh setakat angkut cacing masuk lam bekas ngan cangkul sumer boleh buat kn2..

ok2..lepas dapat umpan..aku nak bercerita lak time membuat joran ni. Aku yang buat joran? cop..aku tipu..hahaha..bukan aku tp paksu aku yang buat. Bila dia buat aku ngak tau, tengok2 je da terpacak tepi tangga..haha cam magic da..Pengalaman pertama gak aku pegang joran buluh. Sah..aku x pernah memancing sebelom ni..haha...Pas sumer selesai..aku dengan sepupu aku yang lain gerak ke tempat pertandingan. Dekat je...Parit?? Parit pun parit ar asal dapat banyak ikan, lam kepala aku bercakap..Imbau balik memori lama2, hahaha.aku sengih sesorang..asal?? sebab aku teringat balik yang aku penah jatuh lam parit tuh, kelakar siot hahaha..k stop.

Lambat siot nak boleh ke start memancing tu..Aku duk dulu lam khemah sementara nunggu ke pengerusi beri sepatah dua kata tentang peraturan memancing. Lantak..aku da x kira, nak mancing gk. Tunggu punya tunggu punya tunggu..last2 aku nampak sekelompok manusia ni..dlm hati aik da siap memasak ke meke sumer ni datang sini. Per g..wat gosip ler tu...X kesah..

Pongg!! Letupan dilepaskan..aku pun per lg, aku tinggalkan yang lain terus cari port mancing yg aku agak2 banyak ikan. Tapi bila aku pandang belakang..cehh, kuang asam punya sepupu..mancing dekat khemah tu je..parit punyalah panjang..aku pun joinlah sama.. 5 minit..10 minit..15 minit..ishh..takleyh jadi ni..makin lama orang lain makin ramai yang dapat ikan ni. yang aku ni tah bila nak dapat. Aku pun cabut dari situ..cari port lain..Tah joran sepupu aku yang mana aku main  kebas je. haahh..x kesah. Jelezz tgk ramai yg boleh ikan. Berbekalkan sekor je umpan kt joran aku pun blah..Kiri Kanan aku sumer da dapat ikan. Haizz,,tunggu lg...5 minit pas tu..tengah syok2 berbual dengan sepupu aku yang lain asal aku rasa joran aku ni berat semacam je..

Yeayy!!! Akhirnya!! hahaha..dapat gak ikan. Ikan Keli. hahaha..xcited giler aku. Aku dgn sepupu aku yang lelaki ni berlari pergi ke khemah sblm terlambat..Sepupu2 aku yang lain lak, yg mancing tepi khemah tu..semuanya bersorak bila tengok aku berlari dgn ikan. hahaha...Orang2 lain lak sumer tengok.. Lari punya lari..last2 selipar Jepun aku tercabut talinya..ahakkss!! time2 genting camni gak ko nak tercabot selipar er. Lantak..aku teruskan larian aku dlm marathon, eh bukan larian ke khemah. Jauh uu dari port aku tadi dengan khemah pengerusi.

Pastu..teruskan lagi ngan mancing.Time tu aku dapat tau der cabutan hadiah...puyoo..hadiah utama peti sejuk tuu..masing2 pakat p amek no, daftar. Pertandingan yang tertutup da jadi pertandingan terbuka dh sebab sedara mara aku yang lain pun ikut serta sama. Haizz..gila peti sejuk betol, hahaha...
Cukup 2 jam situ..masa pun tamat. Aku boleh sekor je?? ala..oklah tu dari takleyh langsung kn2. Lagipun ni kali pertama aku mancing sampai selipar jepun kesayangan aku pun da x boleh pakai lagi. huhukk..

Time bagi2 hadiah...saat2 paling kecoh. Meriah giler..sek2 kampung aku ni memang sporting abes lah. Dari yang muda hingga yang ke tua join sama. X kira laki atau pompuan termasuklah aku..hahaha...
Tunggu punya tunggu..last2 sepupu2 aku ramai yang dapat hamper...aku lak?? nyesal x letak nama sama. Huhh..aku terlambat tau lau x awal2 aku cop dh, dahlar ikan yang aku dapat x menang, hampeh tol..hahaha.. Peti sejuk lak??? hahaha..padam muka dgn sedara mara aku yang lain..x dapat langsung. Gila peti sejuk ngat, hehe..jgn maraa haa..gurau2..

Kebanyakan yang menang daz2 kecik. Cabutan hadiah pun kebanyakannya yang dapat dax2 kecik. Ahakkss..bertuah sungguh dak2 tu dapat bersalaman dengan JKK. hahahaaa...
Seleasai sumer tu..aku sempat g klip2 gambar jap..hehe...Pas tu aku bergegas jalan kaki ke Mydin Mall beli selipar baru sbb keesokan harinya tu aku nk naik bukit besar dengan kawan2 tapi selipar takde apa citer kan..xkan nak naik dengan kaki ayam..hahah...
Panjang lebar citer aku kali ni..Tapi aku puas gila..hahaha..pengalaman yang best untuk tahun 2009 ni.



THE END......

Result PMR yg x seberapa....

Entry Pertama :

Aku nak bagitau result PMR aku...
Aku cuma dapat 2A jer. Apa boleh buat tahun ni bukannya tahun aku kan. Aku pun macam x kisah sangat dengan result aku. X kisah bukan bermakna aku ni jenis yang x ambil berat terhadap pelajaran cuma aku dah agak takat mana kemampuan aku untuk kali ni. Apa2 pun aku tetap bersyukur at least apa yang aku target tercapai jugak. At least math dengan Sn aku B dan bukannya c atau d macam biasa. Cuma ada jugaklah x puas hati dengan subjek KH dgn Geo. Tapi apa nak buat..sebab dua2 subjek tu cam x ngam jer dengan aku walaupun aku minat. Rupanya apa yang aku mimpikan memang betul2 kenyataan. Mimpi dapat 2A last2 2A sungguh.
Takper..aku akui tahun ni memang tahun yang agak sukar bagi aku berbanding dengan tahun2 yang lepas.
Aku terima dengan hati yang terbuka. Aku bukannya jenis yang suka meraung menangisi takdir yang telah ditetapkan.

SPM ada lagi..Insyallah aku akan cuba sekali lagi selagi aku mampu walau apa pun jua aku akan tetap terus berusaha. Aku rasa aku da siap dengan dugaan2 yang akan datang. Insyallah..
Cuma ada jugak sedikit kesal sebab x dapat buat orang2 yang aku sayang terutama umi dengan abah bangga ngan aku sekali lagi..dan cikgu Mariam. Takpe..Aku akan berusaha lagi!! Aku x pernah puas untuk berusaha cuma aku tiada rezeki untuk kali ini. Aku x boleh putus asa. Chaiyok2!!

Pengumuman Tarikh Keputusan PMR keluar

Di sini ingin saya menyatakan bahawa Result PMR diulangi RESULT PMR bakal keluar pada tarikh 24 DISEMBER 2009, hari Khamis pd Pukul 10.oo PAGI.

Mimpi sal Pmr Doe..

Salam..

Malam ni mood aku ok sedikit utk menaip (asal sblm ni mls ke?) ada jgk lar sikit2 tu, hehe..
Aku nak citer..da dua kali aku tidor aku bermimpikan ttg Result PMR. Aku ulangi Result PMR. Camne tak boleh masuk ke mimpi..saat2 mcm ni mmg genting bg sorang pelajar yg menduduki pmr macam aku ni. Result lak semua orang tk pasti bila tarikh keluarnya. Ada yg kata 24 haribulan lah, 28, 27 haribulan lah. Konpius betol.

Kitaorg yg nk dapat result ni semuanya dah tak leyh duk diam2 da...semuanya bertanya ttg result. sikit2 result, sikit result. Sampai aku pun da naik jele (bosan) da.. Siap der yang bermimpi2 lg macam aku ni haa. hahaha..

Aku pernah mimpi satu malam tu yg result aku hanyalah 2A sahaja. Apa ni?? takkan dua jer kot..harap2 tu cuma mimpi je bukannya kenyataan. Aku tak ingatlah pula subjek apa yg aku dapat A tu...hmm

Mimpi kedua lak sal PMR time aku nak amek result. Ya Allah..kali ni memang dasyhat, memang mendebarkan dan memang melucukan jugak lah. Aku mimpi yang result aku ni diambil di sekolah rendah aku dulu. Pelik knp sekolah rendah, yg aku naknya result PMR bkn UPSR. Pelik2. Dan yg aku ingat jugak..ramai pelajar2 dari sekolah lain pun ambik result kt sekolah rendah aku dulu. Yang menguruskannya plak pun semua guru2 sekolah rendah aku dulu.
Hmm?? Asal erk? Nk dapat result PMR punyalah payah. Dahlar kena beratur panjang lama lak tu. Last2 aku terkejut dari tido tanpa mengetahui pun aku punya result camne...aduuhh..

Aisyhh..apa sebabnya ni erk?? cam taknak bg aku tau langsung tentang result ni..Camne ni blh jadi erk?? Ada petunjuk ke atau apa? Hm..